SEJARAH KUALA SELANGOR

Pada abad ke-15Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, JohorAceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelapdan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.
Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnyaPersekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.
Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan

Bantuan Bugis Kepada Kesultanan Melayu Melaka (1511)[sunting]

1511Pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipanggil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka Sultan Melaka lari berundur ke Muar,Pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau (Merlimau Pasir, Merlimau Pantai, Sempang, Tedong, Pangkalan Samak).

Campurtangan orang Bugis di Johor-Riau-Lingga[sunting]

Raja Kecil yang telah menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sabagai Sultan Ke-12, mendirikan pusat pemerintahan di Siak,Sumatera pada tahun 1718. Maka, Raja Sulaiman, putera Sultan Johor-Riau-Lingga ke-11, Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil iaitu sultan berketurunan Wangsa Bendahara yang pertama, menggunakan orang-orang Bugis dari LuwokMakassar kecil, yang berkampung di Kelang untuk mendapat balik kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Raja Kecil.
Sebaik sahaja orang Bugis menerima persetujuan dari Raja Sulaiman, angkatan Bugis Luwok terus datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau alah di dalam peperangan ini dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai upahan, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau, bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam.
Setelah Riau berjaya ditawan, orang-orang Bugis Luwok balik ke Kelang untuk mengumpulkan orang Bugis untuk menyerang kerajaan Johor-Riau yang telah dapat menawan Riau kembali dari Raja Sulaiman; raja bendahara-bendahara. Sebaik sahaja mendapat tahu penawanan Riau oleh Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga, Bugis Luwok, dengan 30 buah kapal, menuju ke Riau untuk berperang sekali lagi. Di dalam perjalanan, mereka menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ketika itu dibawah kuasa kerajaan Johor-Riau-Lingga. Setelah mendapat tahu tentang penaklukan itu, pasukan raja kerajaan Johor-Riau-Lingga segera ke Linggi untuk menyerang balas.
Pihak Bugis Luwok telah berpecah dimana 20 buah daripada kapal meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh tiga orang daripada mereka. Sultan Sulaiman I telah datang dari Terengganu dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini, mereka telah berjaya merampas kembali tapak kerajaan Johor-Riau di Riau dimana kemudiannya Sultan Sulaiman I mendirikan kerajaan baru Johor-Riau.
Setelah mengetahui penawanan tapak kerajaan Johor-Riau di Riau, Raja Kecil, raja kerajaan Johor-Riau-Lingga kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Raja Sulaiman. Pada tahun 1729, Bugis Luwok sekali lagi menyerang raja kerajaan Johor-Riau-Lingga di Siak ketika Raja Kecil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor-Riau-Lingga (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Sultan Sulaiman I kemudiannya naik takhta Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran "Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah" yang memerintah Johor, Riau, dan Lingga.
Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau pertama dari Sapuloh. Kemudian adik perempuannya, Tengku Tengah, pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah semasa menyerang raja kerajaan Johor-Riau Sultan A Jalil Rahmat Raja Kecil Shah disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760).
Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor.
Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun1745.

Raja Lumu (1742-1778)[sunting]


Tuhfat alNafis
Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang pertama, dan Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Sultan Iskander Zulkernain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15 pun menyambut utusan dari Daeng Lumu di Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat raja. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Daeng Lumu, baginda Sultan Iskander Zulkernain pun mengesahkan perlantikan tersebut; setelah Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok Diraja sabagai Raja Kelang. Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala Selangor.
Itulah Raja Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama "Bukit Malawati". Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun berangkat pulang ke Kuala Selangor.
Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua.
Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah kerajaan Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang Pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela Husain". Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756) hingga 1778.

Sultan Ibrahim (1778-1826)[sunting]

Raja Ibrahim, putera sulung Sultan Salehuddin, dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.
Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740-an lagi. Api ini terus menyala selepas 14 Januari, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar "Marhum Ketapang".
Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.
Sangkaan ini tepat, pada 2 Ogos 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui Bendahara Ab. Majid meminta bantuan

Bangsawan Bugis[sunting]

Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan bangsa Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsaBendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan olehSultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.

Senarai Sultan Selangor[sunting]

Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini.
Sultan-Sultan Selangor[1][2]
BilanganSultanPemerintahan
1Raja Lumu bin Daeng Chelak1743 - 1766
2Tuanku Salehuddin Shah (Raja Lumu)1766 - 1782
3Tuanku Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Shah1782 - 1826
4Tuanku Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah1826 - 1857
5Tuanku Sir Abdul Samad ibni al-Marhum Raja Abdullah1857 - 1898
6Tuanku Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa1898 - 1938
7Tuanku Sir Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (kemahkotaan pertama)1938 - 1942
8Tuanku Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah1942 - 1945
9Tuanku Sir Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (kemahkotaan kedua)1945 - 1960
10Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Hisamuddin Alam Shah1960 - 2001
11Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah2001 - sekarang

Lihat juga



Perang Kelang ataupun Perang Saudara Selangor berlaku dari tahun 1867 ke1874[1], dan ia bermula dengan perbalahan di antara Raja Abdullah bin Raja Jaafar danRaja Mahdi bin Raja Sulaiman.


Latar belakang[sunting]

Pada tahun 1849 atau 1850, sultan Selangor ketika itu, Sultan Muhammad Shahmeletakkan jajahan Kelang di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya telah memajak Kelang kepada dua orang saudagar dari Negeri-Negeri Selat yang bernama W.H. Read dan Tan Kim Cheng. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut cukai daripada penduduk-penduduk Kelang. Salah seorang daripada penduduk tersebut adalah Raja Mahdi. Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua Klang, ayah Raja Mahdi pernah menyandang kedudukan Raja Abdullah. Ini memberi Raja Mahdi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di Kelang. Oleh itu, Raja Mahdi terasa terhina apabila orang luar datang mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja Mahdi enggan membayar cukai kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Sultan Abdul Samad menaiki takhta Selangor. Keluarga sultan yang baru bersimpati dengan keadaan Raja Mahdi. Ini kerana Raja Abdullah bukan orang Selangor; beliau berasal dari Riau dan keluarga diraja lebih senang melihat orang Selangor memegang jawatan-jawatan tinggi di negeri sendiri. Bersama Raja Abdullah pula ialah anaknya, Raja Ismail. Sementara itu, sebahagian kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina memihak dengan Raja Abdullah dan sekumpulan lain berpihak kepada Raja Mahdi.

Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang[sunting]

Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul diantara pengikut Tok Bandar Yasih, wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat Batu Bara di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Mohamed Akib. Mohamed Akib yang tidak berpuashati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.[2]
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepadaSultan Abdul Samad sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan puteri baginda, Raja Arfah[3].

Peperangan dan Tengku Kudin[sunting]

Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan Tengku Kudin yang berasal dari Kedah. Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerah Langat[4]. Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu Raja Ismail, anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia[5].
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai Kelang. Ini telah memulakan sekatan terhadap Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi berundur daripada Kelang pada bulan Mac 1870[6].
Pada tahun 1872, dengan bantuan bendahara Pahang, segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.
Kemenangan Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di mata sultan Selangor. Melihat dan memahami keadaan ini, Andrew Clarke terpaksa menghentikan rancangan British untuk mempengaruhi sultan Selangor untuk sementara.

Yap Ah Loy dan pertempuran di Kuala Lumpur[sunting]

Pada bulan Ogos 1868, Liu Ngiam Kong, Kapitan Cina Kuala Lumpur telah meninggal dunia dan telah digantikan oleh pembantunyaYap Ah Loy. Pada tahun 1869, beliau telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai Kelang[7]. Walaubagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin, setelah mereka berjaya menguasai Kelang.[8]

Residen British[sunting]

Sementara itu, Negeri-Negeri Selat mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di Tanah Melayu yang menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.
Situasi berubah pada bulan November 1873 apabila sebuah kapal dari Pulau Pinang diserang lanun berhampiran perairan Hulu Langat. Sultan mula bimbang dengan keselamatan negeri dan meminta Sir Andrew Clarke untuk membantu. Dengan permintaan itu, Andrew Clarke melantik seorang peguam dari Singapura bernama J.G. Davidson sebagai Residen British Selangor yang pertama. Beliau diterima baik oleh pembesar Selangor kerana ia merupakan sahabat karib Tengku Kudin. Tugas residen bertanggungjawab untuk menasihati sultan di dalam segala perkara kecuali hal-hal mengenai Islam dan adat resam Melayu.
Perang Klang tamat dengan rasminya pada tahun 1874. Keadaan ini telah memaksa Raja Mahdi melarikan diri keluar dari Selangor dan menetap di Johor. Beliau meninggal dunia di sana dan dimakamkan di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

Campur Tangan Inggeris di Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Abdul Samad menjadi Sultan Selangor[sunting]

Pada tahun 1859, Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah, telah dilantik menjadi Sultan Selangorbergelar Sultan Abdul Samad menggantikan ayah saudara baginda almarhum Sultan Muhammad Shah yang telah mangkat pada tahun 1857. Sultan Abdul Samad bersemayam di Bandar Langat yang disebut Bandar Termasa.

Perang Kelang bermula[sunting]

Pada tahun 1866, seorang cucu almarhum Sultan Muhammad Shah bernama Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ibni almarhum Sultan Muhammad Shah, dengan pengikutnya dari Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya, iaitu orang BangkahuluBatu BaraMendahiling danRawa yang berasal dari Sumatera, telah menyerang Kelang yang diperintah oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar adik Raja Jumaat Lukut.
Semasa serangan Raja Mahadi, Raja Abdullah telah melarikan diri ke Melaka sementara puteranya Raja Ismail menentang serangan tersebut. Raja Ismail telah dikalahkan oleh Raja Mahadi dan beliau juga telah melarikan diri ke Melaka. Sejak itu Raja Mahadi memerintah Kelang dan beliau membuat perkampungan di Pengkalan Batu.

Sultan Abdul Samad murka[sunting]

Sebagai pemerintah Kelang, Raja Mahadi telah melaksanakan pungutan cukai keatas bijih timah yang dijual melalui Sungai Kelang terutama bijih timah yang dilombong di Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya. Walaubagimanapun, Raja Mahadi tidak memberi sebahagian daripada hasil cukai tersebut kepada Sultan Abdul Samad yang sebelum itu menerima $500.00 setiap bulan daripada Raja Abdullah. Ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan Abdul Samad terhadap Raja Mahadi.

Wakil Yamtuan[sunting]

Pada tahun 1867, Sultan Abdul Samad telah mengahwinkan puteri baginda iaitu Tengku Arfah dengan seorang anak raja dari Kedahiaitu Tengku Dhiauddin ibni almarhum Sultan Zainul Rashid, iaitu adik kepada Sultan Kedah masa itu, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tengku Dhiauddin lebih dikenali dengan nama Tengku Kudin.
Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin sebagai wakil baginda dengan gelaran Wakil Yamtuan bagi menjalankan pentadbiran pemerintahan di seluruh negeri Selangor. Surat kuasa perlantikan Tengku Kudin telah dikurniakan dalam suatu istiadat yang dijalalankan pada 26hb Jun 1868.
Setelah perlantikan tersebut, Sultan Abdul Samad telah memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Tindakan baginda ini tidak dipersetujui oleh putera baginda yang bernama Raja MusaRaja Kahar dan Raja Yaakub yang dikenali juga dengan nama Tengku Alang. Raja Mahadi juga tidak bersetuju dengan tindakan baginda memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Disebabkan penentangan tersebut, Tengku Kudin telah baik ke Kedah untuk mengumpulkan orang-orangnya untuk dibawa ke Selangor.

Perang Kelang II[sunting]

Semasa Tengku Kudin berada di Kedah iaitu pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail bin Raja Abdullah bersama dengan angkatannya seramai lebih kurang 100 orang telah datang dari Melaka untuk menyerang Raja Mahadi di Kelang. Perang tersebut bermula dengan angkatan Raja Ismail menyerang dan menawan kubu pihak Raja Mahadi di Kuala Kelang. Selepas itu, angkatan Raja Ismail telah mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang. Raja Ismail juga meminta bantuan dari Tengku Kudin.
Setelah dua bulan lamanya angkatan Raja Ismail melaksanakan kepungan tersebut, dalam bulan Oktober 1869, Tengku Kudin dengan angkatannya seramai 500 orang telah tiba dan bersatu dengan angkatan Raja Ismail. Sultan Abdul Samad juga telah menghantar 200 ratus orang askar dari Langat unuk membantu Tengku Kudin dan Raja Iamail melawan Raja Mahadi. Semasa kepungan tersebut, pasukan meriam Tengku Kudin yang diketuai oleh seorang berbangsa Perancis bernama de Fontaine telah membedil kota Raja Mahadi di Pengkalan Batu dengan tidak berhenti-henti.
Setelah enam bulan lamanya kepungan keatas pihak Raja Mahadi dijalankan, pihak Raja Mahadi pun keputusan bekalan makanan. Ini menyebabkan Raja Mahadi lari meninggalkan Kelang dan Kelang pun jatuh ke tangan Tengku Kudin.

Perang Kanching[sunting]

Semasa angkatan Raja Ismail, Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang, berlaku pula pertempuran dekat Bukit Kanching yang terletak tidak beberapa jauh di utara Kuala Lumpur, yang dikatakan berpunca dari pertelingkahan bekenaan jual beli bijih timah. Pertempuran tersebut adalah diantara angkatan Kapitan Cina Kuala Lumpur iaitu Yap Ah Loy bersama angkatan Raja Asal dan Sutan Puasa yang datang dari Kuala Lumpur menyerang pelombong-pelombong bijih timah Cina di Kanching. Dianggarkan seramai 30 orang Cina di Kanching telah dibunuh oleh angkatan Kapitan Yap Ah Loy.

Syed Mashhor bin Syed Muhammad Ash-Sahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latarbelakang[sunting]

Syed Mashhor bin Syed Muhammad Ash-Sahab adalah berketurunan Arab yang berasal dari Pontianak (Kalimantan Barat). Beliau dikatakan dilahirkan di Langat dan sepupu kepada Sultan Abdul Samad dari sebelah ibunya.[1] dan telah lama tinggal di Langat. Semesa meletusnya Perang Kelang, beliau berada di Perlis untuk melawat keluarganya.
Perang Kelang adalah di antara Raja MahadiRaja Mahmud dan Syed Mashhor yang disokong oleh pelombong-pelombong bijih timah dari puak Ghee Hin dengan Tengku Kudin (wakil Yamtuan) dan Yap Ah Loy yang disokong oleh pasukan dari Pahang dan pelombong-pelombong bijih timah dari puak Hai San.

Mula Penglibatan[sunting]

Syed Mashhor yang memang terkenal sebagai seorang pahlawan dan berpengalaman di dalam selok-belok peperangan telah dijemput oleh Sultan Abdul Samad untuk menjadi ketua menjaga pertahanan Kuala Selangor yang di bawah jagaan Raja Musa. Syed Mashhor telah ditugaskan oleh Baginda Sultan mengambil semula daerah Kuala Selangor yang telah jatuh ke tangan Raja Mahadi. Syed Mashhor pada mulanya telah menerima permintaan Sultan Selangor itu dan mengepalai satu pasukan tentera untuk menyerang Kuala Selangor tetapi berita kematian saudaranya, Syed Abdullah di Langat menyebabkan beliau berpaling tadah lalu menyebelahi Raja Mahadi. Syed Mashhor mengesyaki dan menuduh Sultan Abdul Samad dan anakanda baginda, Raja Yaakob yang mengakibatkan kematian saudaranya itu. Syed Mashhor kemudiannya telah memainkan peranan penting dan menjadi Panglima Perang Pasukan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Peranannya di dalam peperangan ini bermula apabila pasukan beliau bersama-sama dengan Chong. Chong dan pasukannya menyerang orang-orang Mendailing dan Fel Chow di Sungai Ampang dan Kelang di antara bulan Ogos dan September 1870 hinggalah tamat peperangan.

Menawan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor[sunting]

Syed Mashhor, di dalam usahanya membantu Raja Mahadi telah berjaya mengumpulkan 2,000 orang pengikut di Hulu Selangor, dan dalam pertengahan bulan Jun 1871 bellau bersama-sama dengan Chong, Ketua puak Ghee Hin cuba menyerang Kuala Lumpur tetapi telah dihalang di Rawang oleh angkatan Tengku Kudin dan penyokongnya Yap Ah Loy, Ketua puak Hai San dan menyebabkan Syed Mashhor berundur semula ke Hulu Selangor. Tengku Kudin dan Yap Ah Loy telah berjaya menawan Kuala Lumpur dalam bulan Ogos, 1871. Dalam bulan November, 1971, Syed Mashhor bersama-sama dengan 250 orang penyokongnya dan sepasukan orang-orang Rawatelah mengepung kubu Tengku Kudin (dikawal oleh Wan Aman dari Pahang dan orang-orangnya) dan menyekat bekalan makanan dan senjata yang dibawa masuk ke Kuala Lumpur. Pada bulan Mac 1872, Syed Mashhor sekali lagi menyerang Kuala Lumpur dan kali ini dengan bantuan Raja Mahmud dan Raja Mahadi beliau berjaya menawan Kuala Lumpur dari Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Di dalam serangan itu juga Syed Mashhor berjaya membunuh Van Hagen, Komandan Askar Sepoy upahan Tengku Kudin. Selepas menawan Kuala Lumpur, Syed Mashhor menuju ke Kuala Selangor dan berjaya menawan Kuala Selangor dalam bulan Ogos 1872 juga dari Tengku Kudin. Kuala Lumpur berada di dalam kekuasaan Syed Mashhor dan Raja Mahadi sehingga akhlr bulan Mac 1873.

Tewas dan Melarikan Diri[sunting]

Pada bulan Mac 1873, Raja Mahadi, Syed Mashhor dan Raja Mahmud telah menerima tentangan hebat dari Tengku Kudin dengan bantuan tentera dari Pahang yang dipimpin oleh Tok Gajah dan orang-orang Chenor. Akibat dari tentangan ini Syed Mashhor terpaksa berundur dari Kuala Lumpur ke Hulu Selangor dan akhimya melarikan diri ke Perak. Raja Mahadi dan Raja Mahmud pula berjaya melarikan diri ke Sungai Ujong. Mulai saat itu Tengku Kudin berjaya mengukuhkan kedudukannya di Selangor hingga berakhirnya Perang Kelang. Selepas Perang Kelang Syed Mashhor dianggap musuh oleh sebilangan pegawai-pegawai Inggeris dan Sultan Abdul Samad. Semasa di Perak Syed Mashhor pada mulanya telah memihak kepada Sultan Abdullah dalam pakatan untuk membunuhJ.W.W. Birch tetapi kemudiannya keluar dari pakatan itu sejurus sebelum berlakunya pembunuhan itu. Ini diakui sendiri oleh Birch sejurus sebelum kematiannya. Beliau terus membantu Inggeris untuk mengembalikan ketenteraman di Perak.

Kembali ke Selangor[sunting]

Syed Mashhor juga, kemudiannya berjaya berhubung semula dengan Sultan Abdul Samad dan menyakinkan kepercayaan Baginda terhadapnya. Beliau juga menyatakan kesusahan hidup yang dialaminya kepada Baginda. Akhirnya pada 23hb Jun, 1883 Sultan Abdul Samad telah mengirim surat kepada Frank Swettenham supaya menawarkan pekerjaan dan elaun kepada Syed Mashhor dan berkhidmat di Selangor. Hasilnya Syed Mashhor telah dilantik menjadi Penghulu Ulu Kerling pada 12hb Disember, 1883. Syed Mashhor telah menunjukkan kebolehannya semasa berkhidmat sebagai Penghulu Ulu Kerling. Dalam masa yang singkat beliau berjaya membangunkan Ulu Kerling melalul pembukaan lombong dengan menggunakan pelombong-pelombong Cina serta juga pembukaan tanah-tanah baru. Semasa meletusnya penentangan terhadap Inggeris di Pahang (Pemberontakan Pahang)-(1891-1895) yang diketuai oleh Dato' Bahaman, Syed Mashhor telah turut membantu Inggeris untuk menghapuskan penentangan itu. Syed Mashhor bersara sebagai Penghulu Ulu Kerling pada lhb Februari, 1899.

Yap Ah Loy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yap Ah Loy
Yap Ah Loy (juga dikenali sebagai Yap Tet Loy dan Yap Mao Lan) (14 Mac 1837 - 15 April1885) merupakan Kapitan Cina ketiga dan pengasas kota Kuala Lumpur. Beliau telah memacu kota dari sebuah pusat perlombongan kepada ibu kota Malaysia. Hari ini sempena memperingati beliau, sebuah jalan diabadikan sebagai Jalan Yap Ah Loy di tengah-tengah kawasan Chinatown di Kuala Lumpur.

Kehidupan Awal[sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Wilayah Guangdong di selatan Negara China. Ibubapanya menetap di kampung Tan Shui di daerah Kwai Yap. Beliau juga merupakan keturunan Hakka. Yap Ah Loy meninggalkan China melalui Macau untuk ke Malaya pada 1854 pada umur 17 tahun dan mendapati Malaya sangat berbeza dari China. Malaya pada ketika itu dikenali sebagai negara emas dan bijih timah. Beliau pada mulanya tinggal di Durian Tunggal dan kemudiannya menumpang di rumah pak ciknya di Kesang.
Pada mulanya, dia gagal menyara diri dan telah membuat keputusan untuk kembali ke China. Ketika kapalnya berlabuh di tengah perjalanan, kerana terdesak kerana tak ingin kembali dengan tangan kosong, dia telah mencuba nasib di meja judi. nasib tak menyebelahinya dan dia kehilangan semua duit yang dia ada. kerana terlalu malu untuk balik setelah gagal, dia mengambil keputusan untuk mencuba lagi sekali lalu beliau pun ke Lukut.
Di Lukut, Yap Ah Loy berkerja sebagai tukang masak dan kemudiannya penternak babi. Kemudiannya dia berpindah ke Sungai Ujong. Dia bernasib baik dapat tinggal dengan Liu Ngim Kong, ketua panglima atau orang kanan kepada Kapitan Shin. 1860, berlakunya perang Sungai Ujong dimana Kapitan Shin telah terbunuh. Yap Ah Loy sendiri hampir mati akibat perang itu. Kapitan Yap Ah Shakkemudiannya memberi kata putus untuk melantik Yap Ah Loy sebagai kapitan Sungai Ujong.
Dalam enam atau tujuh tahun, Yap Ah Loy bertukar menjadi seorang yang tegas dan lebih arif dalam perniagaan. Dia ketika itu sangat berbeza dari dirinya ketika mula tiba di Malaya. Yap Ah Loy pergi ke Kuala Lumpur atas permintaan Liu Ngim Kong yang ketika itu telah menjadi orang kanan Kapitan Hiu Siew. Liu Ngim Kong dan Yap Ah Loy sangat rapat. Apabila Liu Ngim Kong menjadi kapitan kedua Kuala Lumpur, dia memilih Ah Loy untuk menjadi pemangkunya.

Peranannya dalam pembangunan Kuala Lumpur[sunting sumber]

Pada tahun 1881, kota Kuala Lumpur telah musnah menyeluruh akibat kejadian kebakaran, kerugian dianggar mencecahi $100,000. Kapitan Yap Ah Loy membeli hartanah di sekeping tanah desa pinggiran Kuala Lumpur yang kini dikenali Brickfields dan menyaran penghasilan batu-bata dijalankan serta merta untuk membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun yang telah musnah kebakaran. Secara tidak langsung, Brickfields telah diasaskan Kapitan. Beliau juga meminjam wang dan memberitahu Residen Selangor Sir Frank Swettenham tentang hasratnya membelanja sebanyak $20,000 untuk pembinaan jalan raya serentak yang kini merupakan arteri utama kota KL. Antaranya, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Petaling. Selepas itu,Kuala Lumpur telah dinamakan ibukota negeri Selangor, dan seterusnya ibu kota Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Di samping itu, perkilangan ubi kayu dibangunkan di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Kapitan telah menegakkan keadilan batasan dengan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman melalui bantuan geng Hai San dan polis tempatan. Kapitan Yap Ah Loy telah membina sekolah pertama di Kuala Lumpur dan sebuah. Beliau juga antara pengasas utama sekolah elit Victoria Institution di Jalan Shaw, Kuala Lumpur.

Senarai Kapitan Cina Kuala Lumpur[sunting sumber]

  • 1858-1861: Kapitan Hiu Siew
  • 1862-1868: Kapitan Liu Ngim Kong
  • 1868-1885: Kapitan Yap Ah Loy
  • 1885-1889: Kapitan Yap Ah Shak
  • 1889-1902: Kapitan Yap Kwan Seng
Selepas kematian Yap Kwan-Seng pada 1902, gelaran Kapitan Cina telah dihapuskan.

Kuala Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
كوالا سلاڠور

Lambang
Nama panggilan: KS
Moto: Kuala Selangor Indah dan Bersejarah
Kuala Selangor yang terletak di Malaysia<div style="position: absolute; z-index: 2; top:Ralat ungkapan: Kendalian bagi * tiada%; left: -471.4%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;">
Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
كوالا سلاڠور
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Ditubuhkansebelum 1513
Diberikan
Status Majlis Daerah
1978
Kerajaan
 • Ditadbir olehMajlis Daerah Kuala Selangor
 • Yang diPertuaYang Berbahagia Puan Hajjah Noraini Binti Roslan
Kawasan
 • JumlahRalat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka km2(119,452.46 hektar. sq mi)
Populasi (2011)
 • Jumlah272,980 orang [1]
Zon waktuMST (UTC+8)
 • Musim panas (DST)Tidak diperhatikan (UTC)
Laman webLaman sesawang rasmi MDKS
Kuala Selangor merupakan bandar dan daerah di zon utara negeri Selangor,Malaysia. Daerah Kuala Selangor mempunyai kawasan seluas 117,844 hektar atau 291,193 ekar. Daerah ini terdiri daripada beberapa mukim dan pekan iaitu:

Tempat menarik[sunting]

Taman Alam Kuala Selangor ialah sebuah hutan simpan dengan keluasan 2.4 kilometer persegi yang terletak di kuala Sungai Selangor. Kawasan ini terkenal dengan kepelbagaian burung, unggas dan paya bakau. Di samping itu, pelawat juga boleh menaiki bot di sungai sambil melihat kelip-kelip yang berterbangan pada waktu malam.
Bukit Melawati yang merupakan bekas kubu tentera British serta Belanda terletak di sini.

Kerusi Parlimen Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri[sunting]


Kuala Selangor, Parlimen Selangor dan Daerah Pemilihan Dewan Undangan Negeri
  • Senarai wakil-wakil daerah Kuala Selangor dan Parlimen Persekutuan Malaysia (Dewan Rakyat)
ParlimenNama penyandangAhli ParlimenParti
P95Tanjong KarangNoh OmarBarisan Nasional (BN)
P96Kuala SelangorIrmohizam IbrahimBarisan Nasional (BN)
  • Senarai wakil-wakil daerah Kuala Selangor dalam (Dewan Undangan Negeri)
ParlimenNegeriNama penyandangAhli Dewan Undangan NegeriParti
P95N8Sungai BurongMohd Shamsudin LiasBarisan Nasional (BN)
P95N9PermatangSulaiman Abdul RazakBarisan Nasional (BN)
P96N10Bukit MelawatiJakiran Bin JacomahBarisan Nasional (BN)
P96N11IjokIdris AhmadPakatan Rakyat (PR)
P96N12JeramAmiruddin SetroBarisan Nasional (BN)

2 comments: